Koleksi Lirik Lagu Rakyat
Pantun Klasik/Tradisional
( i )
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
( ii )
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
( iii )
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang
( iv )
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
( v )
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
( vi )
Hari/Malam ini menanam jagung
Hari/Malam esok menanam serai
Hari/Malam ini kita berkampung
Hari/Malam esok kita bersurai(cerai)
( vii )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( viii )
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama adik seorang
Pantun Klasik/Tradisional
( i )
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
( ii )
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
( iii )
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang
( iv )
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan
( v )
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi
( vi )
Hari/Malam ini menanam jagung
Hari/Malam esok menanam serai
Hari/Malam ini kita berkampung
Hari/Malam esok kita bersurai(cerai)
( vii )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga
( viii )
Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak sama adik seorang
MID VALLEY : Keadaan di sebuah restaurant makanan segera gempar apabila seorang remaja membuat kenyataan beliau tidak pernah pantun PULAU PANDAN. Cik F (bukan nama sebenar) menyangkakan Pulau Pandan adalah nama sebuah tempat. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh ahli-ahli panel (yang kureng bertauliah) untuk meyakinkan Cik F bahawa pantun tersebut sememangnya wujud tetapi Cik F masih tetap dengan pendirian beliau.
Bagi mengukuhkan fakta, ahli-ahli panel telah menemuramah (dengan penuh kegigihan) beberapa pengunjung yang masih bekeliaran di pusat membeli-belah tersebut walaupun sepatutnya tempat tersebut telah tutup pada waktu itu.
Mangsa pertama, Pengawal Keselamatan, wanita, lingkungan usia 40an :

Cik Zila (bukan nama sebenar) : Kak, nak tanya sikit. Akak pernah dengar Pantun Pulau Pandan?
Pengawal Keselamatan : Pernah
Cik Zila : Boleh ungkapkan pantun tersebut ?
Pengawal Keselamatan : Pulau pandan.................. dikenang jua
Cik Zila : Terima kasih
Cik F : Tidakkkkkkkk.....
Situasi ini berterusan dan seramai 4-5 orang telah ditemuramah. Kesemuanya pernah mendengar pantun tersebut.
Selain dari temuramah, ahli-ahli panel juga telah membaut survey dalam bentuk sms dan majoriti (termasuk Ibu dan ahli keluarga Cik F) memberi jawapan "ya" dan mengetahui tentang pantun tersebut. Hanya segelintir sahaja menyatakan mereka tidak pernah mendengar pantun tersebut.
Lebih memeranjatkan lagi, apabila seorang yang bergelar Tun (bukan gelaran sebenar) menyatakan bahawa beliau tidak pernah mendengar pantun tersebut. Ahli panel tidak megambil kira jawapan tersebut kerana beranggapan mungkin beliau tidak begitu sihat pada ketika itu akibat baru sahaja pulih dari sindrom demam malaria tapioka (bukan penyakit sebenar).
Walau bagaimanapun, bagi sesiapa yang belum pernah mendengar pantun tersebut, silalah rujuk pada Cikgu BM/ pusat tuition anda yang berhampiran atau tadika yang berdekatan.
-Sekian laporan untuk Shah Lampu-

3 comments:
ahahhahahha
salah fakta betul mak lampu
Pembetulan Fakta
[Press release]
TUN ditanya oleh Cik F
"Ada ke nama tempat Pulau pandan?"
TUN menjawab
"Nama pulau Pandan...x sure wujud ke x tapi ada pulau pandan ada mentioned kat dalam sebuah pantun"
Disebabkan suara tukang sorak [suara latar @ tukang buat survey - suara Contessa terjerit2]ada kemungkinan TUN tersalah dengar soalan.
Mungkin soalan sebenar Cik F ialah "Ada ke pantun Pulau Pandan?" tapi telah disalah dengar disebabkan kebisingan suara lontaran mak lampu...hahhaha
Tuduhan TUN mengalami penyakit akan didakwa oleh pihak penguam TUN. Tuduhan tersebut memerlukan bukti bertulis dari doktor dan tuduhan tersebut adalah satu percubaan pencabulan image dan kehormatan dibawah akta hentak mengehentak 1957.
Hahhahaha
Pamela Bordes Parker
Jurucakap TUN
kajian membuktikan bahawa org yang berumur 23 tahun ke atas sahaja tahu mengenai pantun Pulau Pandan.
Ini membuktikan juga bahawa orang yang berumur 23 tahun ke bwh tidak belajar mengenai pantun Pulau Pandan.
harap maklum :)
Kajian ?
hahhahahha
ray tanya kat budak2 yg tuisyen ngn Ray.
semua tau pantun tu
cik farah uiiii
Post a Comment